Sunday, September 21, 2008

INFRA RED SAUNA

Infra Red Sauna

Kapasiti : 2 orang boleh memasuki bilik ini dalam satu satu masa.Diiriingi alunan muzik sesuai untuk Spa disamping minuman kesihatan dan bahan bacaan diberikan kepada para pelanggan.
Harga Rawatan: Rm 35 untuk 35 minit rawatan( Harga seorang).
Rm 30 untuk seorang (jika masuk berpasangan- suami isteri)

SINAR inframerah jauh (FIR) iaitu satu bentuk tenaga dari matahari diperluaskan penggunaannya bagi tujuan kesihatan kerana ia membantu proses pemulihan dalam sistem tubuh seseorang. Sistem ini berfungsi membantu memulihkan kecergasan di mana otot-otot kembali kuat dan tegar serta sistem kardiovaskular lebih lancar. Kulit menjadi lebih bersih dan wajah semakin berseri apabila bahan-bahan toksin dinyahkan dari tubuh melalui kulit . Ini membuatkan minda kembali tenang dan tidak tertekan manakala tubuh kembali bertenaga.

Rawatan Infra Red Sauna ini memberi pelbagai manfaat dan kesan teraputik kepada tubuh dan sistem biologi tubuh manusia yang biasanya diganggu oleh bahan-bahan toksin yang menyekat tubuh menjalani pemulihan secara semula jadi. Rawatan mampu membantu mengeluarkan toksin agar tubuh kembali sihat dengan sendirinya.Ia juga merupakan cara senaman yang pasif di mana imunisasi meningkat dan toksin keluar dari badan melalui peluh. Peluh yang keluar semasa menjalani rawatan itu tidak melekit dan tidak berbau. Hanya memerlukan masa sekurang kurangnya 30 minit untuk menjalani satu-satu rawatan untuk memudahkan kalori terbakar.

Apabila sinar FIR menembusi lapisan kulit, tenaga cahaya akan bertukar kepada tenaga haba, ini menyebabkan pembuluh darah mula mengembang dan peredaran darah menjadi lebih lancar. Tenaga haba itu seterusnya akan menyahkan toksin dari tubuh menerusi pengeluaran peluh. Selepas itu, tubuh bakal mencapai metabolisme semula jadi dan pulih dengan sendirinya. Justeru, tubuh anda pastinya akan mengalami peningkatan kesihatan secara menyeluruh.